PENGEDAR SAH SHAKLEE PEKAN, PAHANG. WHATSAPP/SMS DI 0199311764

15.9.18

Resepi Brownies Chocolate Choki-choki

Assalamualaikum semua pembaca blog ummiiyad.. Semalam saje la anak mintak nak makan brownies dan lagi satu Sha pulak ada jamuan di wad.. Maka terhasil la brownies di malam hari..
.
.
Haaaa.. Harini Sha kongsikan resepi membuat brownies ye dengan kawan2.. Actually Sha pun baru jugak belajar buat ni.. 
.
.
Mula2 sekali sediakan bahan-bahan yang diperlukan..
1. 230gm mentega.. Nak guna buttercup pun boleh.. Sha guna buttercup..
2. 540gm dark chocolate.. Sha guna chocolate beryl's.. Nak guna yang lain pun boleh..
3. 150gm tepung gandum
4. 260gm gula pasir..
5. 2sudu besar serbuk koko/milo.. Sha guna milo je..
6. 6biji telur gred B atau 4biji telur gred A
7. 2sudu kecil esen vanilla..

Okey.. Sekarang sha nak ajar cara-cara untuk membuat brownies..

Mula-mula sekali panaskan oven pada suhu 180°c selama 15min..
.
.
Kemudian cairkan buttercup bersama chocolate dan biarkan chocolate suam..


.
.
Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula dan esen vanilla... Kacau hingga sebati.. Boleh gunakan spatula atau pemukul telur..


Apabila sudah sebati masukkan adunan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati..


Ok.. Kemudian masukkan tepung gandum yang dicampur dengan serbuk koko.. Yang ni Sha tak sempat ambik gambar.. Anak dah terlebih excited.. Kemudian gaul rata..
.
.

Seterusnya tuangkan adunan coklat tadi kedalam loyang dan ratakan dengan cara hentakkan loyang 2-3kali..



Okey.. Sekarang siap sedia untuk dimasukkan ke dalam oven.. Panaskan oven dengan suhu 150°c dan bakar selama 30minit..
.
.
Apabila sudah masak angkat dan sejukkan seketika.. Akhir sekali boleh la dihias mengikut kreativiti masing2.. Sha bagi anak je piping coklat choki-choki atas brownies..
.
.

Ini lah hasilnya selepas dihias oleh abg Iyad.. Nampak tak muka abg Iyad yang dah tak sabar nak makan brownies..
.
.



Yang mana nak cuba buat brownies boleh ikut resepi Sha ni..
.
.
Sekian terima kasih..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Ummiiyad © . Designed by MaisarahSidi.com