Ulser.. Sha yakin ramai pernah mengalami masalah ulser mulut.. Betul tak? Ulser mulut selalunya terjadi disebabkan terdapat kecederaan minor di dalam mulut akibat terlalu kuat menggosok gigi atau tergigit tanpa sengaja..
.
.
Ulser mulut sangat pedih dan menyakitkan.. Ia boleh mengganggu emosi dan aktiviti seharian.. Jadi semestinya mereka yang mengalami masalah ulser mulut mencari jalan penyelesaiannya.. Dalam entry kali ini Sha kongsikan cara cepat untuk menghilangkan ulser mulut dan bantu mencegah dari berulang..
.
.
.
.
Disini Sha kongsikan cara untuk merawat ulser mulut..
1. Berkumur dengan air garam
2. Tuam dengan ais dibahagian yang terkena ulser
3. Gunakan pembilas mulut yang mengandungi steroid untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak..
4. Sha kongsikan testimoni berjaya Puan Silawati yang mengamalkan vitamin Shaklee..
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 39 : SILAWATI EILA
.
[ULSER MULUT SEMBUH DENGAN CEPAT HASIL KONSISTEN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE]
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID.
.
Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.
.
Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.
.
Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.
.
Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.
.
Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.
.
Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.
.
Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.
.
Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.
.
Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah...
.
Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.
.
Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.
.
Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.
.
B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.
.
Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.
.
Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.
Jom kita sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita agar kualiti hidup kita jugak meningkat. Amin.. Alhamdulillah. Ini Shaklee Effect Cik Laa. Terima kasih Allah dan terima kasih Shaklee.
.
.
Vitamin yang diambil oleh Puan Silawati ialah:
ENERGISING SOY PROTEIN
- Pengambilan protein sangat penting untuk penggantian sel-sel baru. Jadi pengambilan ESP boleh membantu proses penggantian sel-sel baru yang rosak akibat ulser mulut.
SUSTAINED RELEASE VITAMIN C
- Sistem imune yang rendah menyebabkan anda mudah untuk mendapat ulser mulut. Vitamin C mampu membantu untuk perkuatkan imun disamping penting untuk kesihatan gusi.
B - COMPLEX
- B- complex pula terkenal sebagai vitamin anti-stres. Seperti diketahui stress juga salah satu punca terjadinya ulser mulut. Jadi pengambilan vitamin B-complex secara konsisten dapat mengawal emosi dan tekanan seterusnya membantu mencegah ulser mulut..
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Sha:
Whatsapp: 019-9311764
Facebook : Norshahidah Saffana Mohd Nor
Instagram: shakleepekan_scha
Email: ixtsyam@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan