PENGEDAR SAH SHAKLEE PEKAN, PAHANG. WHATSAPP/SMS DI 0199311764

4.10.18

Cara Merawat Gout Acute

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Harini Sha nak kongsikan tentang penyakit gout..


.
.
Apa itu gout?
Gout adalah sejenis penyakit yang telah lama dikenal pasti sejak 2,000 tahun lampau dan dikatakan sebagai salah satu penyakit tertua.. 
Kebanyakan penghidap penyakit ini disebabkan oleh amalan pemakanan mereka yang tidak terkawal dalam pengambilan asid urik..
.
.
Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin dan apabila asid ini berlebihan dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti kawasan ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi lain. Dahulunya, ia sukar dikawal oleh kerana kemudahan perubatan yang terhad sehingga menyebabkan kemudaratan dan kecacatan kepada penghidap gout.
Namun kini, pelbagai alternatif telah diperkenalkan sama perubatan moden mahupun tradisional yang menggunakan bahan semula jadi sebagai ramuan utama dalam perawatan.

Macam mana nak tahu kalau terkena gout?
Kaki bengkak dan sakit di bahagian buku lali adalah symptom utama peringkat acute gout..

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik dikawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.
Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang. Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.
Apakah rawatan untuk penghidap gout?
1. Cuka Epal

Dalam rawatan gout, salah satu bahannya adalah cuka epal cider. Ia bukan hanya mampu merawat penyakit gout, tetapi cuka ini juga boleh digunakan untuk merawat sakit kepala dan artritis. Asid yang ada dalam cuka ini dapat membantu melegakan kesakitan akut (acute pain).
2. Halia

Kandungan anti-radang yang terdapat dalam halia mampu melegakan kesakitan dan keradangan pada badan. Dengan mengamalkan minuman dan makanan berasaskan halia, ia mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit gout. Dengan menggunakan halia, ia boleh dijadikan bahan utama dalam penyediaan menu masakan seperti sup, kari dan sebagainya.
3. Jus Lemon

Bagi melegakan sakit gout, anda mengambil jus lemon yang berupaya meneutralkan semual asid urik yang tidak diperlukan dalam badan. Petua rawatan gout ini amatlah mudah dengan hanya mencampurkan jus lemon segar bersama serbuk penaik sebagai minuman. Selain daripada lemon, anda juga boleh menggantikan dengan buah-buahan lain yang diperkaya dengan vitamin C yang bertujuan menguatkan tisu dalam badan.
4. Set gout shaklee
  • Perfomance drink
- memberikan tenaga segera bagi tubuh serta meningkatkan imbangan cecair elektrolite dalam tubuh untuk elak penghidratan.
  • Omega guard
- membantu melegakan keradangan dan mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah.
  • Alfalfa
- melegakan rasa sakit sendi dan kebas serta membantu mengeluarkan toksin dalam badan.
  • Vivix
- Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel
Disini Sha kongsikan testimoni berjaya pesakit gout yang mengambil set gout shaklee..
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 23 : ZAINAB MUHAMMAD
.

[SERANGAN GOUT BERKURANGAN SELEPAS KONSISTEN AMALKAN VIVIX]
.Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin menceritakan kesan pengambilan Vivix kepada nenek suami saya, Limah bt Abdullah yang berusia 86 tahun. Nenek merupakan penghidap gout sejak dulu lagi dan juga mengalami masalah darah tinggi. 

Gout kerap menyerang nenek sejak tahun 2017. Sangat kerap sehinggakan beliau pernah demam akibat bengkak pada kaki. Apabila beliau tersalah makan sudah pasti, gout bertandang.

Beliau terpaksa berpantang daripada makan seafood, kekacang, dan sebarang makanan yang boleh galakkan gout berulang.

Kesian melihat nenek apabila gout menyerang sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah. Kami pernah membawanya berjumpa doktor. Walaupun dah makan ubat anti radang, gout masih menyerang 2 minggu kemudian. 

Sehinggalah pada 23 November 2017, saya menyarankan suami supaya membelikan Vivix untuk nenek sebagai suplemen harian. Bulan pertama amalkan Vivix, nampak kesan positif berlaku ke atas beliau. Beliau nampak cergas sedikit berbanding sebelum ini. 

Pada 12 Januari 2018, kami ke Kuantan untuk menziarahi saudara dan nenek ikut sekali. Kami juga bimbang dan risau, takut nenek akan sakit pinggang jika berlama-lama dalam kereta. Maklumlah, perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3 jam. Tapi, nenek tetap cergas & tidak mengadu sakit. Jika ditanya sama ada sakit atau tidak, pastinya beliau akan jawab begini.

"Sakit juga, tapi tak macam dulu dah." 

Bayangkanlah usia nenek sudah tua, badan pun dah sakit-sakit. Nak hilangkan sakit-sakit tersebut memang ambil.masa yang lama. 

Kini dah botol ketiga Nenek amalkan Vivix. Pada usia nenek dah menghampiri 90an, beliau masih gagah. Semasa kenduri 3 Mac 2018, anak-anak sedara terkejut melihat beliau masih gagah & boleh berjalan. Sedangkan sebelum itu, terpaksa dipapah dan sering mengadu sakit.

Walaupun dah amalkan Vivix, kami juga berikan ubat gout apabila beliau rasa bengkak. Hal ini kerana Vivix bukannya ubat tapi hanyalah suplemen untuk bantu lengkapkan nutrisi disamping boleh mencegah. 

Kami pun happy bila beliau tak mengadu sakit seperti sebelum ini. InshaAllah kami akan terus konsisten berikan beliau Vivix supaya beliau memiliki kesihatan yang baik setiap masa. 

Inilah Shaklee Effect Nenek saya & Vivix.
 
 





 


untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi sha di talian berikut:
 
Fb: Norshahidah Saffana Mohd Nor
whatsapp: 0199311764
Ig: shakleepekan_scha
Blog: ummiiyad.blogspot.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Ummiiyad © . Designed by MaisarahSidi.com